Monday, May 24, 2010

BULAN INFAK PAS MARAN



oleh : Basiron Abdul Wahab (Harakah)
MARAN 24 Mei (hrkh) - PAS Kawasan Maran melancarkan Bulan Infaq selama sebulan dari 23 Mei hingga 23 Jun depan.

Pemangku Yang Dipetua PAS Kawasan, Ustaz Ramli Abdul Rahman berkata, pihaknya mensasarkan setiap ahli mengeluarkan infaq sebanayak RM100 seorang.

Katanya, pihaknya mensasarkan kutipan sebanyak RM30,000 daapt dikumpulkan dalam masa satu bulan ini.

Menurut Ramli, jumlah itu sepatutlah bukanlah sesuatu yang sukar kerana ahli hanya menghulurkan sumbangan kira-kira 27 sen sehari atau RM8.50 sebulan.

Ramli berkata, wang tersebut akan digunakan bagi membiayai kegiatan parti ia bulan wang Tabung Pilihan raya.

Majlis pelancaranya Buan Infaq telah di sempurnakan oleh Setiasuaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Ahmadi di Felda Kemboja Jengka 4.

Difahamkan sebanyak RM3,000 telah berjaya di kutip pada majlis pelancaran itu.

Menuurt Ramli, usaha melawan Umno-BN mesti diteruskan apatah lagi parti itu rakus melalukan penindasan terhadap rakyat melalui polisi yang di perkenalkan seperti memansukhkan diskaun saman laluluntas.

“Dulu jika di saman kita boleh minta diskaun kini tiada lagi diskaun, mesti bayar RM300, itu belum lagi mereka mengkaji kenaikan harga kompoun sebanyak RM1000 tetapi ditarik balik ekoran adanya pilhanraya kecil Hulu Selangor dahulu.

“Saya percaya kerajaan akan membentangkan semula diparlimen untuk menaian kompaun itu dari seratus kepada RM1000 sedikit masa lagi,” katanya.

Tambah beliau, Kezaliman Umno/BN ini tidak boleh dibiarkan, kita mesti lawan untuk lawan memerlukan wang bagi membiayai kegiatan parti.

“Dalam masa sebulan ini, PAS kawasan akan berkempen dan menemui ahli di setiap cawangan bagi memohon infaq sebanyak RM100 seorang ahli.

“Kita juga akan mengadakan kempen melalui internet bagi memudah ahli dan penyokong mendapatkan maklumat mengenainya,” katanya.

Sumbangan boleh masukkan ke akuan PAS Kawasan Maran No 06028 0100-36405 atau menghubungi Bendahari PAS Kawasan di talian 012- 9863 694 untuk keterangan lanjut.


gambar,


Roslan Zainal menerima infaq daripada ahli selepas majlis pelancaran Bulan Infaq di Felda Kemboja (Jengka 4).

Wednesday, May 19, 2010

Penduduk hairan misteri gelama

copy di sinar harian:

Penduduk hairan misteri gelama



KUANTAN – Fenomena aneh ikan gelama terdampar di Pantai Sepat dan Cempaka di sini sejak seminggu lalu mencetuskan kebimbangan dan tanda tanya kepada penduduk.

Mereka bingung menyaksikan ribuan gelama terdampar di sepanjang lima kilometer kedua-dua pantai itu tanpa diketahui puncanya.

Salah seorang nelayan yang ditemui dan hanya mahu dikenali sebagai Mat Yie, 32, berkata, dia tidak pernah berdepan dengan kejadian luar biasa itu sepanjang 20 tahun menjadi nelayan.

Katanya, dia menolak andaian fenomena itu adalah berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab nelayan pukat jerut yang membuang ikan kecil seperti yang didakwa sesetengah penduduk sebelum ini.

“Tidak mungkin jumlah ikan yang dibuang oleh nelayan pukat cerut mencecah sehingga tiga tan. Jika dibuang oleh nelayan, ikan-ikan itu sepatutnya sudah mati apabila dijumpai di persisiran pantai.

“Saya sendiri ada terjumpa ikan yang masih hidup dan badannya berlendir ketika mengutip ikan-ikan itu untuk dijadikan ikan masin beberapa hari lepas,” katanya.

Mat Yie berkata, ramai penduduk yang mengutip ikan-ikan itu untuk dijadikan ikan masin dan ikan jeruk bagi mengelakkan pembaziran.

“Nelayan di Pantai Sepat pula mengutip ikan yang bertaburan di sekitar pantai dan menanamnya untuk mengelakkan bau busuk kerana ia mempengaruhi hasil tangkapan nelayan kerana ikan-ikan tidak mahu menghampiri pantai,” katanya.

Bagaimanapun katanya, fenomena ikan terdampar di pantai itu tidak mempengaruhi hasil tangkapan nelayan yang mampu mendaratkan ikan seberat 20 kilogram setiap kali turun ke laut.

Ghazali Abdul, 42, pula mempunyai pendapat berlainan kerana dia menganggap kejadian itu adalah berpunca sepenuhnya daripada tindakan nelayan pukat jerut yang membuang ikan di tengah laut.

“Setakat ini saya belum mendengar rakan-rakan nelayan di sekitar Berserah dan Balok mengalami kejadian yang sama. Jika ia disebabkan oleh air laut yang panas, sudah pasti fenomena turut terjadi di sana.

“Lagipun jumlah ikan yang terdampar ini bagi saya tidaklah terlalu banyak kerana ia tidak kelihatan menimbun dan hanya bertaburan di sepanjang pantai sahaja,” katanya.

Rakannya, Mohd Nordin Tan Baidullah, 33, berkata, dia terkejut dan bagaikan tidak percaya apabila isterinya memberitahu banyak ikan gelama terdampar di pantai dan boleh dikutip dengan tangan sahaja.

“Saya ada mendengar cerita daripada rakan yang memberitahu ikan-ikan ini terdampar disebabkan tumpahan minyak daripada kapal yang bocor di tengah laut.

“Bagaimanapun saya sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita tumpahan minyak terbabit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Mohamad Mat Saman ketika dihubungi berkata, fenomena ikan terdampar itu adalah sesuatu yang biasa dan tidak membimbangkan.:

“Mungkin keadaan air laut yang lebih bergelora daripada biasa mendatangkan kesan kepada ikan kecil yang hidup di permukaan air dan seterusnya mewujudkan kejadian ikan yang terdampar di persisiran pantai.

“Bilangan nelayan pukat cerut yang membuang ikan juga tidak ramai dan tidak akan menjejaskan hasil tangkapan nelayan,” katanya.

Tuesday, May 4, 2010

Rasuah 10 Bilion Setahun, Apa Cerita Menteri-Menteri Semua

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkongsi kebimbangan rakyat di atas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa perbuatan rasuah dalam perkhidmatan awam berpotensi untuk menyumbang kerugian bernilai RM 10 bilion setahun.

10 billion setahun mampu menghasilkan 400 buah sekolah baru yang bernilai 25 juta sebuah atau membantu 333,333 pelajar untuk melanjutkan pelajar ke universiti jika dijadikan biasiswa. 10 bilion ini juga mampu dijadikan modal untuk membina jalanraya sepanjang 1000 kilometer dari Selatan hingga ke Utara tanahair. 10 bilion ini juga mencukupi untuk membina 10 lagi jambatan Pulau Pinang. Banyak yang boleh dibelanjakan dengan 10 bilion ini.

Jika pegawai perkhidmatan awam juga korup, bagaimanakah rakyat ingin mempercayai sistem pentadbiran negara kini. PAS berharap Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaung-laungkan mampu membasmi masalah ini. Namun disebalik usaha murni itu, timbul tanda tanya kalangan rakyat. Bagaimana jika Menteri dan Timbalannya rasuah atau menyalah gunakan kuasa mereka dengan mengkambing hitamkan kakitangan awam untuk meluluskan projek demi kroni-kroni mereka?

Adakah SPRM dan program GTP ini mampu untuk menyelongkar jenayah ini atau sekadar membiarkan kambing hitam dibuat 'gulai' bagi mengaburi mata rakyat. Kita tidak lupa dengan skandal PKFZ yang akhirnya siasatan ke atas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat ditutup begitu sahaja dengan alasan tiada bukti.

PAS mempersoalkan prosedur dan ketelusan SPRM dalam membuat siasatan termasuk juga laporan rasuah Mahathir, Pak Lah, Najib, Rafidah dan ramai lagi yang pernah diberikan oleh Ezam Mohd Noor ketika beliau bersama Gerak satu ketika dahulu. Ke mana laporan-laporan itu dibawa. Adakah laporan dan fail berkotak-kotak itu sudah dicampak ke laut selepas Ezam kembali pada Umno.

Apakah program GTP ini juga mempunyai pelan untuk menyiasat skandal rasuah Najib dalam kes pembelian dua unit kapal selam dari Perancis. Kes ini sedang dibawa ke Mahkamah Perancis oleh Suaram memandangkan SPRM tidak berminat untuk menyiasat kes ini.

Ini adalah sesuatu yang amat memalukan bila mana kambing-kambing hitam dan ikan-ikan bilis dalam agensi Kerajaan dikejar sampai ke lubang cacing sedangkan Menteri-menteri bebas sebagai pemimpin maksum yang tidak boleh disiasat dan didakwa.

PAS berharap agar KSN tidak menjadi badut sekadar untuk menghibur pemimpin-pemimpin BN, dan mahu GTP dilaksanakan dalam maksud yang sepenuhnya sama seperti yang rakyat inginkan.

Kita memang khuatir dengan apa yang berlaku pada negara Greece yang kini mempunyai hutang yang sudah dilabelkan bertaraf 'sampah' atau memang mustahil untuk dibayar balik ekoran gejala rasuah yang berleluasa kalangan pemimpin dan penjawat awamnya.

Negara anggota EU itu menjadi negara paling miskin di Eropah ekoran jenayah kapitalisme yang bermula dari pemimpin mereka sendiri. Hari ini Malaysia boleh ketawa, tapi tidak mustahil esok lusa negara jiran akan ketawakan rakyat Malaysia kerana membiarkan amalan rasuah di negara ini terus menerus berlaku dan merugikan pendapatan negara lebih dari RM 10 bilion setahun.

PAS berharap rakyat membuka mata dan sentiasa peka dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Pelawat Bumi: gambar hiasan / lokasi rahsia tapi Dun Chenor : tempat tidur rakyat marhaen..fikir2kan

Monday, May 3, 2010

gotong royong di kg. kelit



PAS Maran menganjurkan gotong royong bagi membantu mangsa ribut di kg. kelit kg. jengka batu 13.

WARGA SINAR HARIAN PAHANG SINGGAH DI PAS MARAN



30.4.2010.PAKATAN RAKYAT PARLIMEN MARAN meraikan kedatangan 30 orang warga sinar harian Pahang di Pejabat PAS Kawasan Maran.