Saturday, March 28, 2009

Umno restui dan pilih pemimpin rasuah - Mahathir

Mohd Khalil Abdullah
Sat | Mar 28, 09 | 9:22:39 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) - "Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.

Demikian luahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam nukilan peribadinya di blognya semalam.

"Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung Umno kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.Memanglah saya terasa sedih kerananya.

"Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah,"jelasnya.

Menurutnya, perwakilan pemuda memilih ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda.

"Sama ada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

"Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding,"katanya.

Beliau juga menyindir, betapa tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua.

"Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda Umno yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan Umno,"ulasnya secara sinis.

Tambahnya, Pemuda Umno telah merosakkan imej Umno dan imej orang Melayu sendiri.

"Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia,"tegasnya.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan mengenai proses pengiraan undi yang tidak masuk akal.

"Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?

"Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai.

"Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa,"jelasnya lagi.

Dan katanya, "inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah." - mks. _

Thursday, March 26, 2009

UNITY GOVERMENT : PAS PARTI DAKWAH BUKAN SEKADAR PARTI POLITIK

Ana memahami bahawa ramai ahli yang tidak suka dengan idea Presiden tentang Unity Goverment ini. Tapi malangnya kebanyakkan yang tidak suka masih mengunakan alasan sejarah bahwa Pas dulu pernah ditendang oleh Umno ketika bergabung dibawah kepimpinan Dato’ Asri.

Fahamlah wahai sahabat-sahabat, Presiden kita ada pada masa itu, beliau jugalah antara orang yang tidak setuju bila Pas perlu masuk menjadi komponen BN.

Unity Goverment yang beliau ilhamkan itu sebenarnya tidak sama dengan apa yang Dato’ Asri buat. Presiden pun tak nak bawa Pas masuk Umno. Presiden mahu ahli melihat Umno sebagai sasaran dakwah. Biar mereka ikut cara Pas atau masuk Pas terus.

Kalau kita ikutkan hati dan perasaan yang membuta tuli, ana rasa hubungan kita dengan PKR pun tak boleh sebab mereka tu semua bekas ahli Umno, mereka parti serpihan Umno-BN. Perangai pun ada yang Umno lagi.

Namun kita memikirkan dari sudut positif. Pertama mereka sudah keluar Umno, walaupun ada yang keluar itu kerana Anwar, ada yang kerana tak dapat projek, ada yang kerana tak puas hati dengan Umno dan paling ramai kerana mereka ingin berjuang untuk rakyat. Tapi mereka tak masuk Pas dan tubuh PKR.

Kalau ikutkan sejarah kita tak perlu bergabung dengan mereka sebab kita ada sejarah dengan Semangat 46 yang keluar Umno berkawan dengan Pas dan kemudian masuk Umno balik.

Ahli Pkr pun dah ada yang macam tu, Ruslan Kassim, Lokman Adam, Ezam dan yang terbaru Adun Perak-Nasaruddin tu.

Tapi kita tetap berkawan dengan PKR sebab kita bersangka baik walaupun banyak lagi yang PKR dan Dap buat kita kurang setuju kerana ianya adakalanya ia tidak sesuai dengan cara Pas. Tapi kita bincang, Anwar pun selalu bertolak ansur, begitu juga dengan Lim Kit Siang. Maka kita terus bersahabat dengan mereka.

Kita tahu Umno itu ramai yang jahat, tapi rami juga yang baik, malah masih ramai lagi penyokong Anwar dalam tu.

Jadi apa salahnya Unity Goverment. Idea ini adalah untuk dakwah dan tarik ahli-ahli Umno yang mahu bertaubat untuk fikir tentang kepentingan rakyat. Kita mahu Umno kembali ke pangkal jalan buat kebajikkan. Kita tahu, tidak semua ahli Umno setuju dengan Idea presiden, tapi insyaAllah mana yang setuju tu akan sertai Pas tak lama lagi.

Oleh itu ahli jangan kalut. Kita parti dakwah bukan sekadar parti Politik, Kapal Umno nak karam, kita kena tolong selamatkan. Tapi kita hanya selamatkan mana yang nak taubat dan berjuang bersama Islam. Mana yang degil tu kita biarlah mereka karam, dah tak boleh buat apa.

Kalau orang bukan Islam yang dah karam tu kita kena dakwah, apa salahnya kita dakwah orang islam dalam Umno yang sudah Insaf atau pun cuba untuk berjuang untuk islam. Selama nie mereka sesat, jadi kita hulurkan cahaya dan bimbing.

Jangan kerana taksub politik sangat. Kalau nak ikutkan ketaksuban itu, baik tak payah kawan dengan DAP sebab dari sudut akidah mereka tidak selari dengan kita. Tapi kita kawan juga sebab kita nak berdakwah.

Jadi fikirlah, Presiden tahu apa yang nak dibuat. Kita tak akan masuk Umno, tapi kita akan gunakan banyak cara termasuk Unity Goverment untuk tarik ahli Umno masuk Pas.

Tok Guru Nik Aziz sendiri pernah kata, Kalau Kerajaan yang memerintah hari ini (BN) menjadikan AlQuran sebagai perlembagaannya kita dengan sendiri akan bersama dengan mereka dan bubar Pas. Tapi selagi mereka masih dengan nasionalisme dan sifat kebangsaan mereka tetap akan kita lawan dan dakwah.

Unity Goverment yang diilhamkan itu, adalah cetusan idea Presiden. Kita masih boleh bahas sebab ia bukan lagi keputusan rasmi parti.

Idea itu juga ditekankan oleh Presiden dengan syarat anggota Pakatan lain setuju untuk bergabung dan berfikir secara positif untuk rakyat dalam Unitu Goverment. Maknanya bukan Pas pergi sendirian. Kalau BN setuju, mereka kena terima idea Pas, PKR dan Dap bersama.

Kalau mereka terima Pakatan kita tiada masalah, jika tolak merekalah yang rugi.

Hakikatnya Unity Goverment (Kerajaan Pakatan) itu sudah kita laksanakan dalam Pakatan dimana dalam Pakatan Pas berkerjasama dengan Pkr dan Dap yang tidak sefikrah untuk pastikan rakyat mendapat yang terbaik. Kita buat Unity Goverment dengan mereka di Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Jadi apa salahnya kalau kita buat usaha dakwah yang lebih kedepan kepada Umno? mana yang ingin berubah kita tarik terus masuk Pas macam Kapt Zahar. Ingat kita Parti Dakwah bukan sekadar parti politik.
Oleh : Herman Shamsudin