Tuesday, June 9, 2009

VAN PERWAKILAN PAS MARAN KENA CURI


Van Polis Bergerak tidak mampu menakutkan lanun yang berkeliaran di stadium Melawati

7.6.2009- Saya betul2 sedih mendengar berita kehilangan van sdr Ustaz Murad,sewaktu melangkah keluar drp dewan muktamar 55.

Ketika saya pergi mendapatkan sdr Murad,saya begitu kagum dengan kesabaran beliau menghadapi ujian drp Allah ini.Beliau begitu redha dengan kehilangan itu.

Mengenangkan kehidupan beliau yang merupakan Generasi ke 3 Felda sg Nerek yang berkerja sendiri,pengorbanan beliau dan van dalam kerja -kerja jamaah,terutama dlm siri Pilihanraya kecil seluruh negara amat-amat mengundang rasa sempati.

Saya hanya mampu berdoa kepada Allah..,serta menyeru sesiapa yang ingin menyumbang bagi membantu beliau.. hubungi beliau terus..di talian 0199062055


Ustaz Murad(berserban) ketika menganjurkan pertandingan Futsal tertutup F.Sg. Nerek.

Hilang Van ketika Muktamar
Basiron Abd Wahab
Tue | Jun 09, 09 | 9:24:50 am MYT

TEMERLOH, 9 Jun (Hrkh) � Perwakilan PAS , Ustaz Murad Mustapha 42, menerima musibah apabila kehilangan sebuah Van semasa menghadiri Muktamar PAS ke -55 di Shah Alam, baru-baru ini.

Menurutnya, beliau menyedarinya kenderaannya hilang sebaik sahaja keluar dari dewan muktamar kira-kira jam 4 .30 petang kelmarin (7 Jun lalu) .

Kenderaan jenis Van Nissan C-22, nombor pendaftaran CAC 8311 berwarna kuning air itu di letakan dikawasan tempat letak kereta Stadium tempat Muktamar berlangsung.

Antara yang hilang termasuk sebuah Komputer riba, telefon bimbit dan pakaian milik beliau serta enam rakanya yang menaiki Van yang sama.

Kejadian itu telah dilaporkan di balai polis berhampiran pada hari kejadian.

Murad yang juga Ketua Lajnah Tarbiah PAS kawasan merayu kepada sesiapa yang ternampak Van berkenaan segera menghubungi balai polis berhampiran atau menghubunginya di talian 019-9062055. - azm _

1 comment:

MaranDaily said...

salam takziah...
moga Allah memberikan yang lebih baik nanti...

shamsuri
PASKB09