Wednesday, June 3, 2009

PEMILIHAN HAK PERWAKILAN ATAU MANDAT MESYUARAT AGUNG KAWASAN

Hari ini insyallah 8 orang perwakilan daripada Kawasan Maran akan ke Negeri Selangor untuk menghadiri Muktamar PAS 55.

Walaupun sudah hampir 10 kali menjadi perwakilan PAs Kawasan tapi kali ini ia rasanya cukup berbeza.Bukan saja pencinta Gerakan Islam seluruh dunia sedang memerhati perkembangan Muktamar PAS 55 ini tapi musuh pun terlalu berminat dengan muktamar kali ini.

Hala tuju PAS,Kelab Penyokong PAS apatah lagi soal pemilihan memang menjadi debaran kepada semua.

Soalnya sekarang Perwakilan Kawasan hendak pilih siapa,pagi tadi ana ada berbincang dengan sahabat apabila ditanya anta hendak undi siapa?

Ana katakan begini..Perwakilan ini bawak hak siapa? hak individu atau mandat Mesyuarat Agung Kawasan.Apa guna ada agenda pemilihan AJK PAS Pusat dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan kalau agenda itu dibahaskan berapi-api,tetapi perwakilan yang menjadi wakil itu langsung tidak pakai keputusan tersebut.. wallahualam,Mungkin Ustaz Hassan Sukri boleh jelaskan..

Apapun kita sama-sama mendoakan PAS akan terus konsisten dengan dasar Islamnya walaupun siapa yang memimpin..Semua ini akan mematangkan PAS.

1 comment:

abgBro said...

setuju..!

kami dengar dan kami patuh