Sunday, January 25, 2009

Adun Bota sertai PKR, ‘yang digendong BN berciciran’

26 January 2009 oleh admin

Sudah lama Umno negeri perak mengipa-ipa untuk ‘membeli’ Adun Pakatan dan usaha dilakukan tanpa henti-henti. Ini disebabkan Kerajaan Negeri Perak diambil alih dari BN oleh Pakatan dalam keadaan amat mengejutkan selepas keputusan PRU 12 Mac tahun lalu. Perbezaan kerusi Dewan Undangan Negeri antara Pakatan dengan BN pula agak hamper iaitu 31: 28 kerusi..

Sejak itu fitnah dan perangkap juga dipasang bagi menggulingkan Kerajaan Negeri Perak pimpinan Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin itu.

Akan tetapi hari ini segalanya membenarkan pepatah ‘yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran’ apabila Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim brtindak keluar Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta merta.

Hal ini diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya pukul 2.30 petang tadi.

Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit bekas Pengerusi Felcra Berhad berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.

Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

“Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat,” katanya menurut laporan mStar Online.

Sementara itu Anwar Ibrahim pula berkata, beliau gembira dengan perkembangan itu kerana Nasarudin merupakan seorang tokoh Umno yang penting di Perak terutama dalam Bahagian Parit.
“Beliau seorang yang aktif dalam Umno dan dianggap sebagai tokoh bukan sahaja di Bahagian Parit malah mempunyai potensi yang amat besar di Perak,” katanya.

Anwar berkata, hal itu merupakan satu anjakan perubahan memandangkan salah satu sebab Nasarudin menyertai PKR adalah atas kehendak rakyat di kawasannya.
“Saya melihat ini sebagai satu permulaan baru dan anjakan perubahan dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Bagi PR, kemasukan Nasarudin ke dalam Pakatan ini membuktikan penerusan kegemilangan selepas mencipta sejarah pada PRU 12 serta menang berturut –turut pada PRKPermatang pauh dan Kuala Terengganu.

No comments: