Thursday, October 14, 2010

Keinsafan...

Tidak dapat dibayangkan kalau kita berada 600 meter diperut bumi selama 68 hari.Itulah dunia peluang itu sentiasa ada sebelum ajal menjemput kita.

Bila ajal dah sampai...

Tiada peluang lagi buat kita.Marilah kita insaf dengan dosa-dosa yang dilakukan.Walaupun lubang kubur itu sekadar 6 kaki dalam,kita tidak akan sama sekali lagi diberi peluang untuk kembali menjadi Pelawat Bumi yang fana ini..


-------------------------------------------------------------------------------
33 pelombong Chile diselamat


WASHINGTON: Seluruh dunia semalam terpaku pada televisyen untuk melihat orang pertama daripada 33 pelombong yang terperangkap selama 68 hari di bawah tanah dinaikkan di kawasan padang Pasir Atacama, Chile.
Orang ramai menonton dan mendengar siaran secara langsung ketika Florencio Avalos dinaikkan dengan selamat dari 600 meter di bawah tanah pada jam 11.11 pagi waktu Malaysia, diikuti sejam kemudian oleh rakan sekerja, Mario Sepulveda.


Rangkaian media dari seluruh dunia, termasuk CNN International, Sky News dari Britain, ITele dari Perancis, BFM dan juga Euronews menyiarkan secara langsung acara itu. Selain kamera yang membuat rakaman dibumi, penonton juga boleh melihat gambar samar-samar pelombong yang menanti untuk diselamatkan di pusat perlindungan bawah tanah. Lombong San Jose itu runtuh awal Ogos lalu.


Penonton dari seluruh dunia, termasuk ketua negara, melihat bagaimana kapsul yang tertera bendera Chile diturunkan menerusi lubang penyelamat.


Kisah bagaimana mereka terselamat selepas berada sebegitu lama di bawah tanah, menjadi cerita berunsurkan kemanusiaan di seluruh dunia dengan rakaman gerakan menyelamat itu disiarkan hingga New York, Sydney, London dan Tokyo.


“Tahniah Chile. Saya berdoa sehingga semua 33 pelombong yang terperangkap itu berjaya diselamatkan,” kata guru di Bandar Kudamatsu, Jepun.


Dia menghabiskan hari cutinya untuk menonton siaran berkenaan.


Di Eropah, televisyen Austria menyiarkan program berita khusus untuk gerakan menyelamat 32 warga Chile itu dan seorang rakyat Bolivia, sesuatu yang jarang dilakukan untuk acara luar negara.


Di Belanda, akhbar kedua terbesar negara itu menyiarkan iklan pada tiga muka pertamanya untuk acara berkenaan.


Di Poland, yang sering mengalami bencana lombong, dua stesen televisyennya juga menyiarkan gerakan menyelamat itu secara langsung.


Di kawasan menyelamat itu pula, anggota keluarga pelombong menunggu dengan penuh debaran, di samping ahli politik Chile, menanti mangsa yang kini dianggap wira negara.

No comments: